Resepi Kek Batik

Resepi Kek Batik 


Kek Batik ni sejak dari zaman sekolah ramai kawan dan saudara suka membuatnya. Kek batik adalah dessert yang sangat sesuai dihidangkan bila-bila masa pun. Ada 2 jenis resipi kek batik iaitu menggunakan telur atau tanpa telur. Kalau resipi yang banyak telur, salutan kek batik agak kenyal dan tidak melekat. Jika tanpa telur pula, salutan coklat akan sedikit melekat perlu direhatkan semalaman di dalam peti ais sehingga set atau beku kemudian baru dipotong kepada kiub kecil dengan cantik dan kemas untuk dihidangkan. Boleh tabur chocolate rice atau kekacang yang anda suka di bahagian lapisan paling atas sebelum disejukkan semalaman untuk lebih kelihatan cantik dan menarik. Selamat mencuba :) 

Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 25 minit
Jumlah Hidangan : 5 orang

Bahan-bahan:

1 pek biskut Marie
250g mentega/butter
200g serbuk Milo
3 sudu besar serbuk koko, ayak
3/4 tin susu pekat

Cara penyediaan:

Lapik loyang dengan kertas parchment atau kertas baking supaya apabila sejuk nanti mudah dikeluarkan. Che Nom guna loyang berukuran 8"x8".
Potong butter kepada kiub. Panaskan butter di dalam periuk dan di atas api sederhana sehingga cair.
Masukkan serbuk milo, susu pekat dan serbuk koko. Kacau sehingga pekat sebati.
Susun biskut Marie dalam loyang kemudian sendukkan adunan coklat dan sapu rata sebagai lapisan atas.
Susun berselang seli lapis biskut Marie dan adunan coklat sehingga habis.
Sejukkan di dalam peti ais semalaman. Keluarkan dan potong untuk dihidangkan.

Tips
Jenis butter yang digunakan akan mempengaruhi rasa kek batik. Che Nom gunakan 1 buku butter jenama Buttercup. Jika guna pure butter yang mahal, rasa akan lebih berlemak dan rich. Boleh juga jika digantikan butter dengan majerin, sedap dan tiada sebarang masalah cuma rasa kek batik akan sedikit berbeza. 

Sekian dari saya untuk update kali ini harapannya resepi yang saya kongsikan darjpada blog Che Nom ini dapat membantu anda menyediakan kek batik yang lazat dan menyelerakan. 

Anda boleh melihat dengan lebih lanjut cara memasak kek ini daripada video di bawah.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Kek Hantu

Resepi Kek Lobak Merah